Lampu bilik ditutup,
Lampu komputer riba menerangi,
Seluruh tubuh badan berasa lenguh,
Aku baring menghadap syiling bilik,
Memperhati setiap ceruk bilik yg kini gelap,
Fikiran mula melayang,
Makin ditenung dinding bilik makin jauh fikiran berterbangan,
Bagai ditiup kipas meja,
Disinilah kenangan lama bertandang,
Satu persatu ia muncul,
Pada mulanya sungguh manis,
Tetapi mula menjadi duri,
Semakin banyak kenangan lama yang berkumpul,
Semakin gelap pandangan mata ini,
Seperti awan hitam yang membawa ribut hujan.
Bermula dari zaman sekolah,
Satu persatu diperlihatkan,
Satu persatu diperhatikan,
Setiap kenangan mula menyakitkan,
Tiada lansung keceriaan,
Tiada lansung kemanisan,
Apa yang aku dah lakukan,
Menyakitkan hati orang,
Melukakan hati orang,
Lihatlah sekarang,
Aku yang sakit,
Aku yang merana,
Kalaulah aku tidak memulakannya,
Pasti sekarang aku bahagia,
Pasti sekarang aku gembira,
Inilah balasan orang seperti aku,
Dia tunjukkan padaku,
Bagaimana rasa nya disakiti,
Bagaimana rasa nya tidak dipeduli,
Sungguh gelap hati aku,
Berdoa minta keampunan,
Sama sekali tidak dilakukan,
Sungguh gelap jiwa aku,
Jiwa aku kosong,
Hanya kerana perbuatan lampau,
Betapa gelap nya hati aku ini,
Betapa gelap nya jiwa aku ini,
Hinggakan tidak dapat lagi rasanya aku menerima,
Tidak dapat lagi aku menaruh harapan,
Tidak dapat lagi aku memilih,
Berhenti setakat ini,
Aku hanya menunggu kebenaran,
Menunggu kepastian,
Menunggu kewujudan,
Wujudnya keajaiban dalam hidup ini,
Hati aku sungguh hitam,
Hinggakan aku tak sanggup lagi menunggu,
Biarlah masa yang menentukan,
Biarlah masa yang membawa aku,
Aku sanggup bersendirian dari ahti ini disakiti lagi,
Aku sanggup berjauhan dari jiwa aku keperitan,
Biarlah aku dengan dunia aku.